SEREMBAN: Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.
Beliau berkata hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.
"Kami perlukan tiga ujian untuk mengenal pasti sama ada nak teruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya.
"Jadi, buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb).
Kasim berkata kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu.
Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Sampel kupang yang diambil dari kawasan penternakan di Sungai Sekawang dan Kampung Telok di Port Dickson bagi tujuan uji kaji, pada 5 April lalu. - Foto Bernama
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Lebih 1,000 murid terkesan banjir di Baling kembali ke sekolah esok
Lebih 1,000 murid daripada 27 buah sekolah di Kupang yang terjejas dalam kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu akan memulakan semula persekolahan esok.
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis
Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.
Isu kuari batu di Gunung Inas, tunggu laporan PTG - Sanusi
PTG akan menyerahkan laporan berkaitan dan kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengabaikan kepentingan penduduk.
Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan
Geng Fizi akhirnya diberkas selepas aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak 14 September lalu.
Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah
Syed Basri berkata, tangkapan pertama yang dibuat sekitar jam 10.45 malam pada Khamis melibatkan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun di Jalan Kampung Batu 3, Kuala Ketil.
Ceroboh rumah, rogol kekasih ketika keluarga sedang tidur
Suara bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.
Gempa 6.2 gegar timur Indonesia
Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemusnahan atau kematian.
Gudang Azeez bernilai ratusan ribu
Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.
Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan Geng Cendol yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sini.